khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posts from November 2008

Tentang apa yang kita ada – 2

 

1. Berilah apa yang kamu ada supaya apabila apa yang kamu ada itu, apabila tiada, kamu akan merasakan kehilangan yang amat sangat.
2. Berilah apa yang kamu sangat perlu supaya apabila apa yang kamu perlukan itu, apabila tiada, kamu akan merasakan kehilangan yang amat sangat.
3. Bila ia hilang, tuhan akan mendatangkan ganti.
4. Bila ia ganti dari [...]


29.11

[29: 11]
Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.


29.11

1. Hari ini, saya dilahirkan 29 tahun yang lepas.
2. 29 tahun yang lepas, hari ini, 29 November menyebabkan saya adalah seorang sagittarius.
3. Menjadi seorang sagittarius, adalah pelajaran yang sangat menyeronokkan. Jika saya seorang ahli politik, saya akan menubuhkan parti “manusia berkaki kuda”. Jika saya seorang penyanyi, saya akan menyanyikan lagu yang bertajuk “mencintai sagittarius”. Jika [...]


god@gmail.com

 

1. Segala maksud hati saya ini saya berharap kepada yang maha, raja segala harapan.
2. Maka, tidak mungkin harapan saya dikecewakan.
3. Hanya manusia yang mengecewakan manusia yang lain.
4. Maka, saya berhenti berharap.


Tentang apa yang kita ada

” Mereka (peniaga yang kaya raya yang memulakan company dengan duit 8 juta) mungkin mempunyai 8 juta dalam poket, kerana itu mereka berjaya dengan cepat. Aku cuma ada kasih sayang”
Kata seorang business owner kepada business owner yang lain iaitu saya.
Saya menambah,
” Kau punya kasih sayang dan aku cuma ada harapan dalam poket ini”
Kami ketawa walaupun [...]


Manusia boleh menipu orang lain tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri. Itu adalah hakikat kejadian manusia

 

1. Manusia boleh menipu orang lain tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri. Itu adalah hakikat kejadian manusia.
2. Hatinya jujur pada dirinya sendiri walaupun tidak jujur pada orang lain.
3. Namun ini bukan bermaksud orang itu bersifat negatif kerana kadang kala manusia menghadapi dilema yang tidak dilalui manusia lain.
4. Oleh itu, masakan sesetengah manusia boleh menuduh sesetengah [...]


Lihat dunia dari mata burung, Atau dari dalam tempurung, Yang mana satu engkau pilih

Tengah hari ini, saya terngiangkan lagu M.Nasir, penanyi pojaan saya sepanjang zaman dan kehidupan yang lain. Kata M.Nasir kepada saya, (yang saya mengerti dan telah diskopkan pada tema “masalah hidup” ) :
Sila hayati ya.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Maksudnya :
Ada banyak jalan kepada penyelesaian dalam masalah kita. Hanya satu dari [...]


kelemahan manusia adalah kerana manusia itu lemah

kelemahan manusia adalah kerana manusia itu lemah.
kekuatan manusia adalah kerana manusia itu mengenali tuhannya.
Mengenali dan mempunyai adalah 2 maksud berbeza dimana salah satu daripadanya menuntut kepada kesedaran awal. 
- pada hari kehujanan air mencurah ke bumi, tadi.


Segala Manusia adalah Raja

 

 
“Le Vieux Roi ” (1)
Adakah anda tahu yang anda adalah raja kepada diri anda sendiri? Ini bermaksud, sebagai seorang raja kepada diri sendiri, anda bebas melakukan apa saja mengikut kehendak anda sebagai raja. Namun begitu, untuk menjadi raja kepada diri sendiri, anda harus mempunyai beberapa ciri-ciri keraja-an. Berikut adalah ciri-ciri yang dapat dikenal pasti.
1. Memahami [...]


Raja Segala Manusia

Adakah saya akan menemui raja segala manusia? Saya rasa tidak mungkin. Ini kerana jika saya menemui raja segala manusia, maka tamatlah segala persoalan yang terbuku di dada saya sebagai manusia. Sekiranya saya menemuinya juga, maka dia bukan raja segala manusia.
Raja segala manusia dikatakan melalui nenek moyang saya, duduk di syurga. Raja ini melihat dan memerhati [...]


← Before