Ujian
1. Ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Kerana jika kita yang diuji, harusnya kita mempunyai kekuatan yang boleh kita aturkan untuk mengatasi perit ujian itu.
2. Sebaliknya bila orang yang kita paling sayang itu diuji – yang hanya mampu kita lakukan adalah segala cubaan membantu atas segala asa didunia, dan diikuti dengan doa.
3. Kerana itu saya katakan, ujian yang paling berat adalah apabila orang yang kita sayang diuji. Gayanya tuhan menguji orang yang kita sayang tapi sebenarnya ujian itu diturunkan sekaligus menguji kita. Itulah yang paling berat sebenarnya.
4. Lantas kita jangan lupa yang segala tindak tanduk kita juga adalah sesuatu yang harus dijaga dan diperiksa untuk berjaya dalam ujian yang diberi.
5. Mengapa tuhan menguji manusia? Saya kira tuhan bukanlah maha zalim atau maha tidak adil. Kerana ujian itu adalah bagai berjalan dalam gelap melepasi sesuatu halangan untuk sampai ke pintu keluar yang cerah, pasti Tuhan mempunyai “surprise” yang disimpan untuk kita di hujungnya.
6. Apakah syarat untuk melepasi halangan itu wahai sahabatku?
a. Segala asa didunia.
b. Diikuti dengan doa.
c. Yang paling akhir, yang paling mahal, yang paling sukar, yang paling ultimate dan yang
paling penting untuk menikmati “surprise” tuhan :
Redha.
7. Semoga kita melepasi setiap ujian yang tuhan telah tetapkan. Jawapan yang paling padat dan tepat dirasakan akan sampai kehati kita, sampai ke fikiran kita, setelah kita memahami mengapa semua terjadi, sebaik sahaja / sejurus kita sedar dan mula redha menerima ujiannya. Tanpa redha, jawapan tidak akan sampai dan kita tidak akan kemana- mana.
8. Takziah buat Rohana dan keluarga serta semua kawan2 yang sedang menghadapi ujian- ujian berat dari illahi.
Nota tulisan
Ditulis di club shahpekan sempena pemergian suami salah seorang kawan pada Aug 13, 2007 4:43 am.
Popularity: 1% [?]



No Comments Yet