khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
22 October 2008 @ 8am

Tagged
all post, the manifested life

Hijrah

Kepada saudara secretlabku yang dikasihi, untuk renungan kita semua.

1. Hijrah Nabi

Hijrah adalah satu fenomena pengabdian diri secara total oleh Nabi dan pengikutnya dalam memahami dan mengekspressi hidup beragama sejahtera, iaitu Islam. Pelbagai tuntutan pengorbanan seperti harta, masa, ilmu, supaya telah dilakukan demi untuk mencapai maksud hijrah sebenar. Hijrah bukan cuma satu perpindahan fizikal umat islam dari kota mekah ke kota madinah. Sekiranya hijrah dilihat dari satu sudut fizikal sahaja, maka hanya fizikal sahajalah yang berhijrah. Rumi dalam bait puisinya ada menulis ,

THE WATER said to the dirty one, “Come here”.
The dirty one said, ” I am too ashamed”.
The water replied, ” How will your shame be washed away without me?”
MASNAVI 11:1366-7

Apakah pengetahuan yang dalam boleh didapati dari puisi ini? Hanya tuhan yang menyimpan rahsia tersirat didalamnya kepada hamba yang dikasihi. Namun, sifat mahu dikasihi harus terbit dahulu dalam setiap jiwa insannya agak dapat tuhan pupuk dan bentuk ke tingkat yang lebih tinggi.

Untuk itu, cuba memahami bait puisi Rumi adalah salah satu permulaan memahami maksud hijrah jika ada kaitannya yang dikaji.

Siapa yang memanggil nabi untuk berhijrah pada awalnya?
Adakah nabi memanggil dirinya sendiri?
Atau umatnya yang memanggil nabi?
Atau musuh – musuh spiritual, geografi dan ekonomi nabi waktu itu yang
mendesak ke atas perpindahan nabi?

Sekiranya jawapan diatas menjadi pilihan kita, sama sekali kita terperangkap dalam keadaan keliru yang amat sangat. Keliru adalah antara bahaya terbesar bagi seorang manusia kerana biar kita menjadi pendusta dari jadi keliru. Pendusta sekurang-kurangnya tahu yang mana masih benar sedangkan si keliru dalam keadaan dilema tidak berkesudahan! Perumpamaan bagi orang yang keliru adalah duduk ditengah-tengah jambatan, Singapore – JB, JB – Singapore, Singapore - JB, hingga ke akhir hayat entah mana satu.

Tuhan yang awal dan yang akhir itu sendiri yang telah menurunkan wahyu kepada Nabi untuk mula berhijrah. Metafora Rumi, tuhan itu adalah air yang suci, manakala hambanya yang kotor harus disucikan. Disucikan ini bukan setakat membasuh lumpur di kaki tetapi adalah setinggi membersihkan jiwa dan hati.

2. Hijrah Secretlab

Maka apakah kesudahan teks ini antara perkaitan hijrah, air di dalam puisi rumi dan apakah maksud jumaat yang berkaitan dengan perjalanan Secretlabmedia ini?

Pertama, panggilan hijrah atau panggilan perpindahan kita dari taman pinggiran putra ke equine park adalah satu panggilan illahi yang telah diilhamkan olehNya kepada kita semua.

 
Atas : suasana struggle Secretlab.Media dari tahun April 2005 – April 2008 

Maka tuntutan panggilan ini adalah melebihi dari sekadar satu perpindahan ofis biasa dari satu lokasi ke satu lokasi. Panggilan ini adalah satu penyaksian bagi kita semua bahawa Secretlabmedia sedang menuju ke satu tingkat yang tinggi sedikit dari tingkat sebelumnya, walaupun dulu ofis kita di tingkat satu tapi sekarang di tingkat ground floor.

Adakah ini satu yang boleh dibanggakan?

Saya rasa tidak. Ini adalah satu bentuk cabaran baru yang kita semua harus lalui dan hadapi kerana tuhan memberi dugaan dan cabaran kepada manusia yang hidup. Cabaran kita adalah untuk terus maju dan terus
maju. Kerana itu tuhan mengilhami kita untuk mula “berpindah”. Mengapa tuhan memberi kita ilham sebegini?

Adakah tuhan sengaja menabur ilham kepada sesiapa sahaja?
Adakah tuhan memberi ilham kepada orang yang terpilih?
Adakah tuhan mahu menyedarkan kita yang kita masih ketinggalan?

Saya tinggalkan itu untuk kita semua berfikir kenapa.

Namun yang kedua, jika panggilan hijrah ini kita abaikan atau kita buat sambil lewa, sekali lagi, melalui metafora Rumi, bagaimana kita yang kotor akan disucikan jika kita sendiri tidak mahu menghampiri air yang akan mensucikan kita?

Dalam erti kata realiti secretlab ini,bagaimana kita akan berjaya tanpa kita mula ada kemahuan mahu berjaya sedangkan kita sudah tahu, tuhan pasti memberi kejayaan kepada sesiapa yang mahu berjaya?

Hakikat yang kita semua harus sedar adalah : Perpindahan kita ini adalah satu episod baru untuk mula berjaya. Kita masih lagi belum berjaya kerana kejayaan kita hanyalah berpindah ofis.

Hijrah secretlab menuntut pengorbanan kita semua dari segala aspek, seperti jua hijrah nabi. Kita dituntut pengorbanan harta, masa, ilmu, upaya dan disinilah titik – titik ujian yang tuhan akan uji. Mungkin akan ada yang bertanya, bagaimana kita harus berjaya dalam ujian ini, adakah kita perlu melakukan ulangkaji seperti  PMR, SPM atau perperiksaan universiti dulu?

Jawapan yang tepat adalah keikhlasan. Keikhlasan kita menunaikan tanggungjawab sebagai “ahli keluarga secretlab” adalah jawapan yang tepat untuk lulus dalam ujian tuhan. Keikhlasan kita membuat design, keikhlasan kita berjumpa client, keikhlasan kita membuang sampah di secretlab, keikhlasan kita menjaga keharmonian secretlab. Kemanakah keikhlasan akan membawa kita?

[Al Baqarah : 245]
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 
Atas : Meeting pertama di Secretlab.Media, office baru setelah menyahut panggilan hijrah

3. Hijrah Diri Sendiri

Pada tahun 2005 saya sendiri telah mengalami perlbagai episod kegagalan yang sangat menyedihkan. Ujian yang tuhan telah turunkan jika difilemkan pasti akan menjadi satu cerita yang sangat dibenci kerana siapa yang suka kepada penderitaan? Ujian saya meliputi kepada ujian keluarga, ujian awek, ujian kerjaya, ujian kawan baik…. kegoncangan hati ini seakan runtuhnya tembok berlin kepada harapan saya untuk terus hidup sebagai manusia.

Namun Allah itu Allah yang maha penyayang dan maha pengasih. Ada ruang ”surprise” di akhir episod kehidupan saya pada tahun itu.

Saya menemui isteri saya.
Saya menemui Secretlabmedia.

Dan yang paling penting sekali, saya menemui diri saya sendiri.


Atas : Screenshot dari montange Maalhijrah 2006

Pada tahun 2005, Allah menganugerahkan Secretlabmedia projek Montage dari Jakim sempena sambutan Maal Hijrah (1) tahun itu. Apakah lagi dalih yang saya perlu ada untuk menolak panggilan hijrah ini?

Lantas pada April 2006, saya meletakkan jawatan sebagai designer di Fujitsu dan mengorak langkah bersama Secretlabmedia. Waktu itu, cuma ada dua orang sahaja yang bekerja sepenuh masa dengan Secretlabmedia.

Bayangkan!

4. Kesimpulan

Apa yang saya cuba sampaikan adalah, setiap manusia akan melalui beberapa episod kejayaan dan kegagalan didalam diri mereka. Tuhan tidak “selektif” dalam perihal ini. Tidak kira sama ada anda nabi, anda ketua family, anda seorang ahli keluarga secretlab, semua orang akan diberi peluang kerana tuhan Allah itu adil. Setiap manusia akan berhijrah kecil dan berhijrah besar. Perkahwinan juga boleh dilihat sebagai satu hijrah besar bagi diri seseorang manakala mempunyai girlfriend atau boyfriend adalah permulaan atau hijrah kecil bagi perkahwinan. Bangun tidur awal juga satu hijrah. Datang kerja dengan mood yang bersungguh – sungguh juga hijrah kecil. Buat design dengan kadar hebat dan sepenuh hati juga hijrah kecil.

Apapun hijrah yang bakal kita lalui adalah baik untuk kita semua. Ini kerana hakikat hijrah itu sendiri adalah berubah ke tempat yang lebih baik / tinggi  (physically /spiritually). Namun malang bagi kita sebagai manusia yang langsung tidak pernah berhijrah sepanjang hidup kita. Dan lebih malang lagi jika kita menolak panggilan hijrah!

Seperti yang saya tulis tadi, siapa yang memanggil kita untuk berhijrah?

Meminjam kata seorang sahabat, setiap kali kita membuat keputusan, akibatnya adalah sama. Kita akan menjadi lebih baik jika kita memahami. Maka, jika kita membuat keputusan untuk berhijrah, akibatnya
lebih baik. Ini kerana kita telah membuat keputuan dan kita telah berhijrah.

 
Atas : En.Azrai Fahmi ( tengah ) sedang bermesra dengan kami sempena hari jadi Ijat, saudari internship dari UPM) 

Selamat datang kepada En. Azrai Fahmi, seorang ahli keluarga secretlab tertua sejak zaman awal penubuhan secretlab lagi. En. Azrai Fahmi akan bersama kita secara “sepenuh masa” berjuang untuk membawa secretlab ke tahap yang lebih maju dan maju lagi lantas mengubah taraf hidup kita semua secara physically dan spiritually.

Insya allah, selepas syawal, satu sinar baru akan mencerahi secretlab ini, sekali gus membawa cabaran ke episod selanjutnya.

Terima kasih.

*Email ini ditulis untuk para secretlab sempena kembalinya En. Azrai Fahmi sebagai salah seorang ahli secret.

Bacaan Lanjut

(1) Screenshot dari Utusan Malaysia

Bookmark and Share

Popularity: 5% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment